Misteri "Batu Gong"

 

Pernahkah anda semua melihat rupa bentuk batu yang menyerupai sebuah gong? @ seakan - akan bentuk gong? Mungkin ada yang pernah dan mungkin ada yang tidak pernah. Namun, mungkin anda dapat bayangkan bahawa rupa batu tersebut mempunyai bonggol di tengah2 nya yang seakan - akan bonggol pada sebuah gong..

 

Okay, mungkin ramai yang tidak menyedari akan kewujudan sebuah batu istimewa yang terletak di Sungai Katibas (pedalaman Sarawak) ini. Apa yang menarik tentang batu ini ialah bentuknya yang seakan - akan bentuk gong (walaupun tidak begitu ketara). Jika diperhatikan dari tepi, memang jelas terdapat sedikit bonjolan kecil pada permukaan batu ini. Pasti ramai yang tertanya - tanya adakah batu ini merupakan ciptaan semulajadi ataupun buatan manusia? Baiklah...bagi yang berpegang teguh kepada agama, inilah hasil ciptaan Tuhan yang esa....namun, menurut pandangan orang2 yang masih mengamalkan kepercayaan animisme (pagan), terdapat mitos tersendiri yang dikaitkan dengan kewujudan batu misteri ini.

 

Baiklah, tanpa membuang masa (mcm nak ke mana la pula..haha) saya akan kongsikan dengan anda semua, mitos di sebalik kewujudan batu ini. Okay, terlebih dahulu, biarlah saya memperkenalkan nama batu ini yang diberi oleh penduduk tempatan yang menetap di sekitar Sungai Katibas ini. Batu ini pada asalnya dikenali dengan nama "Batu Bedawak @ Tawak" (tawak = gong). Namun demikian, namanya kini lebih dikenali sebagai "Batu Gong" memandangkan masyarakat lebih sinonim dengan perkataan "gong". 

 

Baiklah, sekarang, masuk ke episod mitos di sebalik batu ini. Menurut orang zaman2 dahulu, pada asalnya, batu ini merupakan tempat kediaman sejenis binatang bunian yang dinamakan "Remaung". Menurut penduduk tempatan, Remaung ini merupakan sejenis binatang jadian yang badannya separuh manusia dan separuh singa. Bahagian kepalanya bebadan singa manakala, bahagian bawahnya bebadan seperti manusia. Seperti singa sebenar, Remaung ini juga merupakan sejenis "binatang" karnivor yang memakan daging. Namun demikian, yang membezakannya dari singa ialah daging yang menjadi makanan Remaung ini ialah daging manusia! Bayangkan!..Daging manusia!...

 

Setiap hari Remaung akan keluar dari tempat kediamannya untuk memburu kaum Iban yang menggunakan perahu melalui Sungai Katibas tersebut. Ia akan duduk di sebuah batu yang berada di seberang kediamannya untuk menunggu mangsa yang bakal menjadi santapannya setiap hari. Setiap hari, ada sahaja orang Iban yang menjadi mangsanya. Pendek kata, binatang jadian ini memang ganas dan amat menggerunkan masyarakat Iban yang mendiami tebing Sungai Katibas pada masa itu.

 

Hendak dijadikan cerita, adalah seorang pahlawan dari kayangan yang bernama Bungai Nuing yang tidak tahan melihat kelakuan Remaung tersebut. Sedikit cerita mengenai Bungai Nuing ini......Beliau merupakan pahlawan yang berasal dari sebuah tempat yang dinamakan Panggau Libau(kira macm kayangan la..). Orang2 Panggau Libau memang terkenal dalam kalangan orang2 Iban kerana kesempurnaan yang dimiliki oleh mereka. Menurut masyarakat Iban yang masih mengamalkan kepercayaan pagan, orang2 dari Panggau Libau ini memang terkenal sakti, tampan, cantik, gagah, rajin, baik dan segala - galanya la...Pendek kata, orang2 dari Panggau Libau ni memang sempurna baik yang perempuan, mahupun yang lelakinya.

 

Okay...cukup cerita pasal asal usul Bungai Nuing, bebalik pada cerita asal usul Batu Gong tadi. Ok, melihat kekejaman Remaung tersebut, Bungai Nuing menjadi marah (kerana Bungai Nuing mempunyai hubungan baik dengan orang Iban). Setelah itu, Bungai Nuing turun ke bumi untuk mengalahkan Remaung. Maka, bertarunglah Bungai Nuing dengan Remaung pada hari itu. Menurut cerita orang2 tua, sebuah pertarungan yang hebat telah terjadi antara Bungai Nuing dan Remaung pada waktu itu. Kedua - duanya masing2 mempunyai kekuatan tersendiri yang sungguh hebat dan sakti. Melihat keadaan tersebut, Bungai Nuing mula mencari akal untuk mengalahkan Remaung. Akhirnya, dia mendapat satu akal iaitu dengan menyembunyikan diri sementara menunggu Remaung masuk ke dalam lubang batu yang menjadi kediamannya itu. Setelah Remaung memasuki kediamannya itu, Bungai Nuing keluar dari tempat persembunyiannya lalu menggumpal beberapa ketul batu yang berada berdekatan kawasan tersebut sehingga  berbentuk bulat lalu ditampalnya pada lubang batu yang menjadi pintu masuk ke kediaman Remaung tersebut. Habis semua lubang batu tersebut ditampalnya menggunakan batu2 yang telah digumpal menjadi bentuk bola sehinggakan Remaung tidak dapat keluar dari tempat kediamannya. Akhirnya, Remaung mati di dalam lubang batu tersebut.

 

Secara kebetulan pula, bentuk batu kediaman Remaung tersebut berbentuk seperti sebuah gong setelah disumbat dengan batu yang digumpal oleh Bungai Nuing lalu batu tersebut dinamakan "Batu Gong" sehinggalah ke hari ini. Sehingga sekarang, penduduk sekitar Sungai Katibas yang melalui batu tersebut masih menggelar batu tersebut dengan nama "Batu Gong" walaupun pada asalnya, batu tersebut merupakan tempat kediaman Remaung. Sehingga kini juga, tempat yang dinamakan"Batu Gong" masih menjadi tempat pemujaan bagi orang2 yang masih mengamalkan kepercayaan pagan.Batu yang menjadi tempat Remaung menunggu mangsanya juga masih wujud hingga ke hari ini.

                           Batu yang menjadi tempat menunggu Remaung

View dari tepi batu tempat Remaung menunggu mangsanya.

                                                                                          Inilah batu yang dikatakan Batu Gong..

Batu Gong..

Batu Gong kelihatan sudah terbelah dua akibat pergerakkan kerak bumi setelah bertahun - tahun.

 

Jadi, beginilah mitos di sebalik kewujudan Batu Gong. Sama ada anda mahu percaya @ tidak, terpulanglah kepada anda.... :). Sekiranya anda ingin membuktikan sendiri kewujudan tempat ini, anda boleh berkunjung ke rumah panjang saya dan saya akan berbesar hati untuk membawa anda ke tempat letaknya batu ini..

P/s: Untuk pengetahuan pembaca, saiz batu ini adalah jauh lebih besar dari yang dilihat dalam gambar ini. Ketinggiannya kira - kira tiga depa lelaki dewasa dan lebarnya empat depa lelaki dewasa.

 

 

Sumber : http://jugampukungsactivity.blogspot.sg/

 

 

Pesta Song

Tarikh: 22-24 oktober 2010

Tempat : Pekan Song

Pesta Song merupakan temasya mesra rakyat ternyata tercapai dengan penyertaan masyarakat berbilang kaum dalam setiap pertandingan yang diadakan. Pesta ini diadakan dengan tujuan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan penduduk berbilang kaum di Song, melalui penganjuran aktiviti-aktiviti riadah yang lebih bermanfaat dan berfaedah serta mengeratkan lagi hubungan masyarakat setempat, malah secara tidak langsung dapat mengamalkan cara hidup sihat.

Pelbagai acara menarik diadakan seperti sukan rakyat, pertandingan bola sepak, pertandingan regatta, persembahan daripada artis terkenal Iban serta pembukaan gerai-gerai jualan dan pameran.

Tetamu VIP & Penyampaian  Hadiah Pesta Song

Aktiviti Pesta Song

Gerai & Pameran Pesta Song

 

 

Taman Hidupan Liar Lanjak-Entimau

Taman Hidupan Liar Lanjak - Entimau, di barat daya Sarawak, terletak bersebelahan dengan sempadan antarabangsa Indonesia meliputi bahagian Sri Aman, Sibu, Sarikei dan Kapit. Seluas 187,000 hektar, taman hidupan liar ini pada asalnya dibentuk sebagai hutan lindungan pada 1940 dan kemudiannya diwartakan sebagai taman hidupan liar pada 1983 yang berfungsi khasnya sebagai hutan simpan bagi orang utan.Bentuk muka bumi di taman hidupan liar ini adalah berceranggah dan berbukit-bukau curam yang kebiasaanya mencapai ketinggian lebih daripada 300m. Cerun curam dengan lembah berbentuk V mendominasikan kawasan itu. Ia mempunyai tiga puncak tinggi iaitu Bukit Lanjak (1,284m), Bukit Entimau (975m) dan Gunong Spali (966m). Ia juga merupakan kawasan tadahan air yang penting dengan Sungai Ensirieng, Mujol, Poi, Ngemah, Katibas, Bloh, Apoh dan Kanowit mengalir melalui kawasan ini.Daripada kaji selidik kepelbagaian biologi, taman hidupan liar ini diketahui memiliki 2,807 spesis tumbuhan vaskular, 218 spesis tumbuhan ubat, 158 spesis buah-buahan hutan, 108 spesis sayur-sayuran hutan, 500 spesis kulat, 42 spesis liken, 6 spesis primat, 48 spesis mamalia kecil, 235 spesis burung, 73 spesis reptilia dan amfibia, 82 spesis ikan dan 1,053 spesis serangga. 

Pada tahun 1990, Pertubuhan Kayu Tropika Antarabangsa [International Tropical Timber Organisation (ITTO)], memberikan cadangan bahawa Taman Hidupan Liar Lanjak - Entimau dibangunkan sepenuhnya sebagai Kawasan Lindungan. Pembangunan ini adalah mustahak untuk memulihara kepelbagaian biologi tropika kerana kekayaan flora dan faunanya; serta hubungannya yang rapat dengan Taman Negara Bentung Kerihun di Kalimantan Barat, Indonesia. Selain itu, projek ini juga bertujuan untuk menyokong kehidupan berkekalan dalam kalangan penduduk tempatan di kawasan ini.Selaras dengan cadangan itu, pada tahun 1993, kerajaan Sarawak mewujudkan kerjasama antara sempadan dengan kerajaan Indonesia untuk membangunkan Lanjak - Entimau/Bentung Kerihun sebagai kawasan lindungan sepenuhnya dengan ITTO berfungsi sebagai pemangkin dan fasilitator. Penggabungan dua kawasan ini mewujudkan kawasan seluas 1.1 juta hektar yang merupakan kawasan pemuliharaan kepelbagaian biologi hutan tropika antara sempadan (transboundary biodiversity conservation area - TBCA) terbesar di Borneo dan juga antara yang terbesar di dunia.TBCA ini ialah taman hidupan paling penting di Borneo untuk 3,000 ekor orang utan, iaitu lebih kurang 10% daripada populasi spesis itu di dunia, serta spesis haiwan dan tumbuhan yang jarang ditemui dan terancam. Kemasukan ke Taman Hidupan Liar Lanjak - Entimau adalah sukar dan terkawal di beberapa pintu masuk seperti Lubang Baya, Engkari, Skrang, Ngemah, Poi dan Katibas; serta dihadkan untuk tujuan penyelidikan dan pemuliharaan sahaja. Kebenaran mesti diminta secara bertulis daripada Ketua Pegawai Eksekutif, Sarawak.

Antara spesies haiwan dan tumbuhan yang terdapat di Hutan Simpanan Lanjak Entimau:-

 

Keistimewaan Daerah Song

  

KEBUDAYAAN

MITOS CERITA PERAYAAN GAWAI

AMALAN ritual yang masih dipertahankan masyarakat pribumi sering menjadi tarikan serta mengundang pelbagai interpretasi. Mesej atau maksud tersirat dalam setiap amalan ritual jika diperhalusi dan menterjemah nilai dan keunikan kelompok etnik. Tanda bersyukur dengan kenikmatan yang diberi seperti simbol kasih sayang sesama insan dan kepercayaan kepada Tuhan misalnya, menjadi perlambangan untuk pelbagai amalan ritual yang diperturunkan masyarakat pribumi zaman-berzaman.

Bagi kelompok pribumi yang giat mempertahankan keunikan amalan ritual, tradisi ini dilakukan tanpa jemu. Ketika dunia berdepan dengan krisis modenisasi hingga terhakisnya budaya dan identiti bangsa, amalan ritual kumpulan etnik sekurang-kurangnya mengingatkan manusia terhadap sejarah, asal usul dan warisan bangsa.

Berteraskan elemen sama, setiap kali tibanya Jun, masyarakat Dayak yang merangkumi suku Iban, Bidayuh dan orang Ulu di Sarawak meraikan tradisi perayaan Gawai dengan penuh tertib dan keseronokan.

Bagi masyarakat Dayak, padi dianggap sinonim dalam kehidupan harian. Amalan berbudi kepada tanah melalui tanaman padi bukan semata-mata meneruskan kelangsungan hidup, sebaliknya memiliki falsafah tersendiri. Tidak hairanlah, perayaan Gawai disambut rasmi setiap 1 Jun oleh masyarakat Dayak di Sarawak kerana kaitannya dengan penanaman padi dan pesta menuai.Sejak dari dulu lagi, kaum Iban menghargai padi. Malah, perayaan Gawai dikatakan bermula daripada beberapa cerita rakyat berkaitan makanan ruji masyarakat Asia itu.Mengikut mitos, cerita perayaan Gawai bermula apabila sepasang suami isteri zaman dahulu, bermimpi diarahkan mencincang bayi mereka. Ketika itu, manusia di bumi dikatakan menghadapi masalah kehabisan sumber makanan.Dijadikan cerita, si isteri mendapat petunjuk melalui mimpi bahawa dewa Iban bernama Keling meminta bayi mereka dijadikan korban. Akibat terdesak dengan masalah kekurangan sumber makanan untuk hidup, pasangan suami isteri itu akhirnya menurut perintah dewa lalu menabur isi bayi mereka ke tanah.Perayaan Hari Gawai disambut oleh masyarakat Iban dan Bidayuh di Sarawak untuk meraikan tamatnya musim menuai padi. Pesta Gawai juga dikenali sebagai Gawai Dayak. Pesta Gawai pada kebiasaannya disambut pada akhir bulan Mei atau awal bulan Jun setiap tahun. Pesta Gawai di Sarawak disambut dengan meriah di bandar-bandar dan di desa dengan persembahan tarian, minuman tuak 'arak beras', dan bersuka-ria. Pesta Gawai di Sarawak telah disambut secara besar-besaran semenjak 1964.

Pada Hari Pesta Gawai, pelbagai jenis makanan dan air tuak akan dipersembahkan kepada Dewa Padi dan Kekayaan. Satu puisi khas untuk Pesta Gawai akan dibacakan oleh salah seorang daripada mereka sebelum merenjiskan darah ayam jantan ke atas bahan persembahan. Bahan persembahan yang basah dengan darah ayam jantan itu dianggap sebagai pembuka rasmi Pesta Gawai.

Perayaan Gawai Di Daerah Song 2015
 
 
Upacara Miring 
  
 
Persediaan Upacara Miring dijalankan setelah upacara persembahan telah selesai, perayaan Gawai secara tradisi dimulakan. Seluruh masyarakat berkumpul sekitar 'ranyai' atau pokok istiadat yang dibawa masuk ke dalam dan diletakkan di serambi umum di rumah panjang. Perayaan berpusat sekitar ranyai dengan makanan dan minuman tuak. Perayaan Gawai merupakan masa untuk semua orang bersuka-ria sambil menjamu hidangan bersama air tuak. Salah satu acara paling menarik semasa Perayaan Gawai ialah Ngajat Lesong. Penari akan menunjukkan kekuatan dengan mengangkat lesung menumbuk padi dengan menggunakan giginya.

Ketika Perayaan Gawai, perhiasan tradisional orang Ulu yang diperbuat daripada manik-manik yang diwarisi turun temurun dan tidak ternilai harganya, akan dipakai untuk dipamerkan. Anak dara orang Iban juga akan mengenakan perhiasan perak yang menonjolkan lagi kecantikan paras rupa mereka.  

 

Kesenian Tarian Ngajat sangat popular dalam kalangan orang Iban di Sarawak

Penari akan memakai pakaian tradisi seperti 'sirat', 'gagung' atau baju burung. Penari juga memakai topi yang dihias dengan bulu-bulu burung. Gagung merupakan sejenis baju yang tebal dan keras diperbuat daripada kulit haiwan seperti kulit beruang tetapi tidak dijahit kiri dan kanannya.

Tarian ini adalah tarikan iaitu dengan berdiri di atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Bagi Gawai Sandau Ari, gendang Rayah dimainkan untuk tetamu kehormat dan orang yang menyambut gawai untuk ber'Rayah' sambil membawa tengkorak musuh. Satu jenis tarian ini lagi ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan.

Lagu iringan dibunyikan dari alat-alat seperti gong besar dan kecil, gendang, tawak, bebendai, engkurumong dan sapeh, iaitu alat bertali seperti gitar.

Peralatan muzik tradisional masyarakat Iban adalah terdiri daripada tawak (gong), bendai dan gendang. Peralatan muzik tersebut digunakan semasa melakukan tarian ngajat. Di samping itu, peralatan muzik itu juga turut digunakan semasa melakukan beberapa upacara adat resam, antaranya ialah upacara perkahwinan, semasa pindah ke rumah panjang yang baru dan semasa upacara menamakan anak.

Tarian Ngajat Masyarakat Iban

  

 

 

 

 

 

Pesta Song 2015

Tarikh: 08.10.2015-11.10.2015

Tempat : Pekan Song

Pesta Song 2015 ialah anjuran bersama Kementerian Pelancongan Sarawak ( MOT ), Pejabat Daerah Song,PDRM Song,Pejabat Pendidikan Daerah Song,SMK Song, SMK Katibas, Sk Cardinal Vaughan, Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan Song, Klinik Kesihatan Song,Pejabat kesihatan Song, Jabatan Kebajikan Masyarakat Song,Lembaga Sungai Sarawak,Majlis Daerah Kapit, Rela Song, Jabatan Perhutanan Song,Jabatan Penerangan Song,Jabatan Bomba Bahagian Kapit, Ketua Masyarakat Daerah Song,Kauselor dan Jabatan Pertanian Song.

Antara Aktiviti yang dianjurkan:

  • Lumba Perahu
  • Pentas Rakyat
  • Mini Funfair
  • Gerai
  • Senam Aerobik
  • Poco-poco
  • Senam Seni Kenyalang
  • Sukaneka
  • PowerBoat

 

 

Antara Galeri gambar aktiviti :