Pendidikan merupakan asas kemajuan sesebuah masyarakat untuk mencapai kemajuan dan pembangunan. Sehingga hari ini terdapat 17 buah sekolah rendah dan 2 buah sekolah menengah dalam Daerah Song. Sejarah awal pendidikan daerah pada masa dahulu sangat mundur dan hanya terdapat sedikit sahaja unsur-unsur tempatan diselitkan dalam kurikulum pendidikan. Semasa pendudukan Jepun, banyak unsur-unsur kebudayaan orang Jepun telah diselitkan dalam pendidikan tempatan. Apabila Jepun telah menyerah kalah pada tahun 1945, maka barulah sistem pendidikan pada masa itu mulai berubah setelah ada sentimen pergerakan memajukan pendidikan di daerah ini. Mengikut catatan sejarah Lembaga Sekolah SRB HIN HUA, pendidikan formal yang pertama telah diasaskan semasa pekan Song masih berada di lokasi yang lama. Sungguhpun kaum Cina datang beribu batu jauhnya dari tempat asal, namun begitu pendidikan merupakan asas pembangunan seseorang individu untuk berjaya. Oleh itu, muncullah beberapa tokoh yang pertama untuk mendirikan sekolah di Daerah Song, antaranya ialah En. Neo Tiong Kim, Khoo Chun Lai, Chan Jin Giao dan Chan Kian Tee.Pada waktu itu, masih belum diwujudkan kurikulum formal dalam pendidikan di Daerah Song, sebahagian besar kurikulum yang diajar pada waktu itu masih bercorak negeri Cina serta unsur-unsur fahaman Kuomonten. Guru Besar Sekolah Hin Hua pada waktu itu ialah En. Khoo Hua Siong dan Lau Pang Chieh merupakan guru mata pelajaran yang pertama. Lau Pang Chieh merupakan guru yang berkaliber serta dedikasi. Di samping itu, beliau juga menjawat jawatan sebagai Setiausaha Persatuan Pedagang Cina Daerah Song. Persatuan pedagang Cina Daerah Song lebih mementingkan sistem pendidikan yang lebih formal dengan tertubuhnya sebuah sekolah bantuan penuh Cina yang diberi nama Hin Hua. SRB Cardinal Vaughan pada waktu itu telah diasaskan oleh seorang paderi dari Holland iaitu Rev. Fr.William Bos. Tujuan beliau mendirikan sekolah tersebut adalah untuk memberi pendidikan formal kepada kaum bumiputera supaya berilmu pengetahuan dan menyediakan diri sendiri pada masa akan datang. Prestasi pendidikan Daerah Song telah meningkat dari tahun ke tahun. Keprihatinan setiap guru dan pentadbir pendidikan telah mendorong memantapkan lagi sistem pendidikan dalam daerah ini.

PENDIDIKAN KINI

STATISTIK

Statistik Jumlah   Sekolah

Jumlah

Tadika/Taska

6

Sekolah Rendah

16

Sekolah Menengah

2

Sekolah SJK (C)

1

Sekolah Agama

-Tiada-

 

Institut Pengajian   Tinggi Awam/Swasta

Jumlah

Peluang Kemasukan

-Tiada-

Bidang-bidang ditawarkan

-Tiada-

 

Senarai Sekolah Menengah,Sekolah Rendah & Tadika di Daerah Song

Sekolah Menengah

1.    SMK Song

2.    SMK Katibas 

Sekolah Rendah

1.    SK Cardinal Vaughan
2.
    SK Lubok Ipoh
3.
    SK Nanga Nyimoh


4.    SK Nanga Engkuah
5.
    SK Nanga Beguang
6.
    SK Nanga Nansang

Sumber: Facebook:Song,Sarawak

7.    SK Nanga Bangkit
8.
     SK Nanga Dalai

 Sumber: Facebook:Song,Sarawak
9.
    SK Nanga Musah

10.  SK Nanga Embuau


11.  SK Nanga Temalat
12.
   SK Nanga Selibut
13.
  SK Ulu Melipis


14.   SK Tan Sri Datuk Temenggong Jugah
15.
   SK Nanga Janan
16.
  SK Lubok Bedil

  Sumber: Facebook:Song,Sarawak

Sekolah SJK

1.    SJK (C) Hin Hua

  

Tadika/ Taska/Prasekolah

1.    Pejabat KEMAS N.55 Katibas


2.
    TBK Nanga Nyimoh
3.
    TBK Nanga Sesibau
4.
    Tadika Roman Katolik

5.    Tadika Semarak

6.   Tabika Perpaduan

7.  Prasekolah Sjk (c) Hin Hua