Golongan Wanita adalah golongan yang sangat aktif di Kawasan Daerah Song. Mereka bukan sahaja berperanan sebagai surirumah malah ada yang aktif dalam bidang kehidupan baik sosial,ekonomi dan politik sehinggakan ada di kalangan para wanita melakukan kerja kasar.

Disamping itu, Daerah Song juga mempunyai Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang membantu golongan wanita memajukan diri melalui aktiviti seperti masakan, jahitan, anyaman, seni ayaman dan lain-lain. Jabatan Pertanian Daerah Song juga memainkan peranan penting dengan program 1 Azam dimana ia dapat membantu golongan wanita yang berminat dalam bidang manik sarawak dan hasil manik tersebut menjadi salah satu punca rezeki mereka.

Selain itu, ada diantara wanita di daerah song  juga banyak menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara online seperti melalui media sosial facebook, whatsApp dan Wechat untuk menambahkan pendapatan keluarga. Perniagaan online yang sering menjadi tarikan komuniti setempat ialah barangan kosmetik, baju, produk kecantikkan dan lain-lain.

Persatuan Serakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Cawangan Song telah menyertai pelbagai aktiviti yang telah dianjurkan oleh Agensi Kerajaan dan Persatuan-Persatuan Tempatan seperti berikut:,

1) Gotong royong membuat Ai Tapai

2) Pemberian Insentif pelajar berupa Wang Tunai kepada anak-anak ahli SIDS yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM untuk menyuntik semangat dan galakkan kepada pelajar.

3) Mengadakan aktiviti tahunan seperti sukaneka.

4) Bantuan Malapetaka/bencana bagi meringgankan bebanan mangsa.

 

Kaum hawa ini yang dilahirkan bukan untuk diletakkan di kaki untuk dipijak, bukan juga letaknya di kepala untuk dijunjung tetapi diletakkan di dada untuk dilindungi dan disayangi. Wanita hari ini bukan lagi tersorok di dapur tetapi sudah berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum adam.  Mereka juga memikul tanggungjawab  mencari rezeki untuk keluarga, dan turut menggalas tugasan sebagai ibu dan isteri apabila berada di rumah.Selain itu, wanita yang bijak dalam pengurusan masa masih mampu untuk bergaul dengan masyarakat setempat. Dari situ wujudnya aktiviti-aktiviti kewanitaan yang boleh menyatukan mereka dalam satu suasana ceria dan meriah. Sudah hampir 53 tahun SIDS ditubuhkan dan telah menjadi nadi pemangkin kepada kejayaan Wanita Dayak di Sarawak.Semasa Majlis Jamuan Makan Malam SIDS Anjuran Cawangan tersebut di Sibu, YB Senator Dato Seri Empiang Jabu, selaku Presiden SIDS Sarawak amat mengharapkan agar pertubuhan ini terus memainkan peranan penting dalam membantu membangunkan wanita Dayak dalam pelbagai bidang. Beliau juga turut menyarankan agar SIDS terus memberi tumpuan dalam membangunkan pendidikan wanita Dayak kerana bagi beliau, tiada jalan singkat untuk berjaya melainkan dengan memiliki ilmu.

AJK INDUK BARU BAGI SIDS

Penasihat 

YBhg. Pn. Angelina Datuk Celestine Ujang 

 

YBhg. Datin Mary Therese Mathias 

Pengurusi 

Pn. Simbah ak Engong 

Naib Pengerusi 

Pn. Winnie Ngkin Siang 

Setiausaha 

Pn. Mary Menai ak Ujan 

Naib Setiausaha 

Pn. Liku ak Merom 

Bendahari  

Pn. Rose Demun ak Simpang 

Naib Bendahari 

Pn. Missy ak Ribut 

Ahli-ahli 

Pn. Reba ak Jambai  

 

Pn. Josephine ak Sengalang 

 

Pn. Nanchy Lahat Laeng 

 

Pn. Haslina Abdullah 

 

Pn. Utas ak Janting 

 

Pn. Rani ak Labu 

 

Pn. Ganit Paran 

 

Pn. Nyawan ak Mandau 

SIDS juga turut menganjurkan pelbagai aktiviti untuk membangunkan wanita, contohnya, mengadakan Program Jejari Bestari untuk membimbing warga wanita Dayak di Daerah Song dalam penghasilan kraftangan seperti manik Sarawak dan sebagainya.  

 

Program Jejari Bestari Song

Salah satu kegiatan wanita di Daerah Song ialah mengikuti kelas menjahit yang dianjurkan oleh Jabatan KEMAS Song. Kelas ini diberi secara percuma kepada para suri rumah dan wanita yang berminat belajar menjahit. Kelas ini diadakan pada hari Isnin hingga Jumaat. Kelas ini mempunyai dua sesi iaitu sesi pagi dan sesi petang. Sesi pagi bermula pada pukul 8.30 hingga 11.30 pagi, manakala sesi petang bermula dari 2.30 hingga 5.30 petang. Kelas ini telah beroperasi sejak 2004 hingga sekarang.  

Kelas Menjahit

SIDS juga  masih meneruskan pemberian insentif kepada pelajar-pelajar cemerlang khasnya kepada semua anak-anak ahli SIDS Daerah Song. Malah SIDS juga meneruskan pemberian bantuan malapetaka/bencana agar dapat meringankan bebanan yang ditanggung oleh mangsa. Selain itu, ahli-ahli SIDS juga mengadakan aktiviti tahunan bagi tujuan  mengeratkan hubungan silaturrahim dan semangat perpaduan di kalangan ahli-ahli SIDS.Selain itu,SIDS juga mengadakan pelbagai aktiviti persatuan seperti:- 

  • Lawatan Sambil Belajar
  • Belajar tarian poco-poco
  • Belajar ngajat
  • Belajar memasak
  • Membuat bunga ros untuk jualan
  • Membersihkan dan menghias Balai raya Song
  • Menghadiri seminar dan ceramah
  • Aktiviti Senaman Senarobik poco-poco

Antara Galeri Aktivit yang dilakukan:

Latar Belakang Penubuhan

Penubuhan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) adalah manifestasi pelaksanaan iltizam negara yang dibuat di Persidangan Sedunia Keempat Wanita di Beijing pada tahun 1995 seperti yang terkandung dalam dokumen Landasan Tindakan bagi memajukan wanita ke tahun 2000, iaitu :

"Pewujudan sebuah Kementerian yang lengkap menggambarkan komitmen Kerajaan yang tinggi untuk meningkatkan martabat wanita di negara ini"

Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada awal penubuhannya dikenali sebagai Kementerian Hal Ehwal Wanita telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri pada 17 Januari 2001. Fungsi Kementerian kemudiannya telah diperluaskan dan ditukar namanya kepada Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga (KPWK) mulai 15 Februari 2001. Sehubungan itu, Jabatan Hal Ehwal Wanita (HAWA) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah diletakkan di bawah Kementerian. HAWA kemudiannya distruktur semula dan dikenali sebagai Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

Selepas Pilihan Raya Umum Kesebelas pada bulan Mac 2004, fungsi dan tanggungjawab KPWK telah diperluaskan lagi. Pada 27 Mac 2004 fungsi Pembangunan Masyarakat dan Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat telah dibubarkan, dan telah dipindahkan ke KPWK. Selaras dengan pertubuhan tersebut, KPWK telah ditukar nama menjadi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Dengan penstrukturan baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) mempunyai empat (4) buah agensi di bawah pentadbirannya iaitu :

  • Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM), ditubuhkan pada tahun 1946,
  • Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), ditubuhkan pada 1966,
  • Yayasan Kebajikan Negara,(YKN) ditubuhkan pada 1981,
  • Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), ditubuhkan pada 2001,
  • Institut Sosial Malaysia (ISM), ditubuhkan pada  2002; dan
  • Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW), ditubuhkan pada 2006

NIEW telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Julai 2006 di bawah KPWKM selepas Malaysia diberi mandat untuk menubuhkan sebuah institusi untuk wanita dari kalangan negara-negara Anggota NAM.

Pada 15 Mei 2013, YB Dato' Sri Rohani Abdul Karim telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan dibantu oleh Timbalannya, YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun.

Pada 26 Jun 2014, YB Datin Paduka Chew Mei Fun telah mengangkat sumpah sebagai senator dan dilantik sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat oleh YAB Perdana Menteri.

YBhg. Dato' Sabariah Hassan telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha pada 7 Julai 2014 dengan dibantu oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), YBhg. Dato' Norsham Rahin mula bertugas pada 7 Julai 2014 dan Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), YBhg. Encik Wee Beng Ee. pada 17 November 2014.

KPWKM terbahagi kepada 16 Bahagian/Unit yang dipecahkan kepada Sektor Operasi dan Strategik. 

 SEKTOR OPERASI

  • Bahagian Khidmat Pengurusan
  • Bahagian Hubungan Antarabangsa
  • Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
  • Bahagian Kewangan
  • Bahagian Akaun
  • Bahagian Pengurusan Maklumat
  • Bahagian Pembangunan
  • Unit Komunikasi Korporat
  • Unit Audit Dalam
  • Unit Penasihat Undang-Undang
  • Unit Integriti
  • Unit Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
  • Unit National Key Result Area (NKRA)

SEKTOR STRATEGIK

  • Bahagian Dasar Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
  • Bahagian Dasar Sosial Negara
  • Urusetia Lembaga Kaunselor

( Sumber :http://www.kpwkm.gov.my/latar-belakang )