Sumber: Pejabat Daerah Song

Daerah Song berkeluasan 3,935.20 kilometer persegi, merupakan salah satu daripada tiga komponen daerah pentadbiran yang membentuk Bahagian Kapit, selain Daerah Kapit dan Daerah Belaga yang merupakan bahagian terbesar di negeri Sarawak dengan keluasan 38,934 kilometer persegi. Dari segi geografinya, 90% kawasannya adalah dataran tanah berbukit-bukau yang masih diliputi hutan premier yang ditumbuhi pokok-pokok kayu bernilai tinggi. Hal ini menjadikan Daerah Song amat unik dan menjadi pekan tepi Sungai Rejang yang boleh menjadi perhentian semasa laluan jalan air iaitu Sibu - Song – Kapit.

  • Masa: (GMT +08:00) Kuala Lumpur, Singapura
  • Iklim: Iklim tropika dengan suhu harian purata antara 23 hingga 32 darjah Celsius. Hujan lebih kerap semasa musim monsun (November  -Februari). 

 

Pengangkutan Utama di Daerah Song

Jalan sungai

  

Sumber: Facebook Song,Sarawak

Secara amnya, Pekan Song boleh dihubungi melalui pengangkutan sungai dengan menggunakan bot ekspres. Anda boleh menaiki bot ekspres seawal jam 5.45 pagi dari Sibu, dan anda tidak perlu risau kerana bilangan bot ekspres ini adalah banyak dan kekerapan perjalanan adalah tinggi.Perjalanan menggunakan jalan sungai dari Sibu ke Song mengambil masa lebih kurang 2 jam, manakala dari Song ke Kapit pula mengambil masa 1 jam. Kemudahan pengangkutan di sini masih lagi bergantung kepada pengangkutan air kerana kebanyakan kawasan belum dapat dihubungkan menggunakan jalan darat. Hal ini kerana keadaan muka bumi yang berbukit-bukau. Setakat ini, jaringan jalan raya di Song hanya 7.3 km sahaja. Walau bagaimanapun, beberapa projek jalan raya sedang dalam pembinaan bagi meningkatkan keselesaan penduduk di daerah ini.

Perjalanan Sibu - Kapit mengambil masa kira-kira 2 ½ - 3 ½ jam bergantung kepada bilangan perhentian bot ekspres. Sesetengah bot ekspres memberikan perkhidmatan perjalanan terus (tanpa singgah) antara Sibu dan Kapit. Tambang sehala bagi Sibu - Song ialah 1st class= Rm30, 2nd class= Rm25,Ekonomi class= Rm30, manakala tambang sehala bagi Song - Kapit  ialah 1st class= Rm20, 2nd class= Rm15, Ekonomi class= Rm12 . Pelawat dinasihatkan untuk membawa baju panas (sweater) kerana suhu agak sejuk di dalam bot berhawa dingin. Penumpang dikehendaki berada di bot ekspres 15 minit sebelum waktu bertolak. 

Kadar Tambang Ekspress

       

 

 

Jalan Raya

Jalan raya ini menghubungkan tujuh buah rumah panjang, kebanyakannya adalah di Katibas, antaranya di Ng. Kebiau, Ng. Sepadi, Lubok Nyimoh, Ng. Entawai dan Ng. Takan. Walau bagaimanapun, anda mungkin berasa hairan dengan jaringan jalan raya yang agak terhad, anda akan mendapati terdapat banyak kenderaan di Pekan Song. Hal ini secara tidak langsung, menandakan taraf ekonomi dan kemampuan penduduk di sini sudah meningkat.Kini, Pekan Song dapat menyaksikan bahawa kerajaan telah menjalankan beberapa projek pembangunan demi kesenangan dan keselesaan kehidupan penduduk di sini. Pekan Song juga mengalami beberapa perubahan yang drastik, daripada empat blok rumah kedai biasa (lama) kini ia mempunyai tiga blok rumah kedai konkrit. Secara tidak langsung, ini menunjukkan Pekan Song sudah mula berkembang dan merancakkan pembangunan di Daerah Song. Di sinilah, semua penduduk berkumpul bagi menjalankan aktiviti jual beli. Ia dapat memudahkan penduduk yang tinggal berhampiran untuk mendapatkan bekalan harian.

  

  

Demografi

  • Bahasa: Melayu, Inggeris, Iban, Cina dan dialek etnik bumiputera lain
  • Agama: Islam, Kristian, Buddha

Mengikut perangkaan terkini, penduduk Daerah Song mempunyai 23,000 orang yang menetap secara tetap. Terdapat pelbagai kaum di Song dan kaum Iban merupakan kaum majoriti dan utama iaitu 91.3% atau seramai 21,000 orang daripada masyarakat di sini. Kaum-kaum lain ialah kaum Cina dengan 3.9% atau 900 orang, diikuti oleh kaum Melayu dengan peratusan 3.5% atau 800 orang, dan lain-lain kaum bumiputera yang mempunyai peratusan 1.3% atau 300 orang.

Bahasa Tempatan : Melayu, Inggeris, Iban, Cina dan dialek etnik bumiputera lain.

English

Malay

Iban

How are you?

Apa khabar?

Nama berita nuan?

Fine

Baik

Manah

I don't understand.

Saya tidak faham.

Aku enda merti utai ko nuan.

How much?

Berapa harga nya?

Berapa rega tu?

It's too expensive.

Ini terlalu mahal.

Kelalu mal

Can you reduce the price?

Boleh kurangkan harga?

Ulih tawar?

Thank you.

Terima kasih.

Terima kasih.

Good morning.

Selamat pagi.

Selamat pagi.

Good afternoon.

Selamat tengahari.

Selamat tengahari.

Good evening.

Selamat petang.

Selamat petang / Selamat Lemai

Pretty

Gadis

Badas atau Bajik (gadis cantik)

Reservation