Dashboard PI merupakan satu aplikasi khas yang dibina untuk kegunaan komuniti setempat di sekitar Pusat Internet (PI). Ia mengambil kira keperluan komuniti setempat dari segi perhubungan, pembelajaran, perniagaan, kesihatan dan juga pendtabiran. Penggunaan aplikasi ini diharapkan dapat meningkatkan taraf sosio ekonomi setempat dan secara tidak langsung dapat merapatkan jurang digital antara komuniti bandar dengan luar bandar.

 

Faedah Dashboard

*. Menyediakan pengisian kandungan maklumat kepada komuniti tempatan.

*. Menjadi tempat mendapatkan maklumat komuniti terkini.

*. Menjadi tempat proses jual beli barangan secara atas talian.

*. Membantu proses pembelajaran pelajar.

*. Menyediakan saluran komunikasi antara komuniti dan penguatkuasa tempatan.

*. Menyediakan satu saluran pihak sekolah untuk mendekati komuniti.

*. Menyediakan tempat pemeriksaan tahap kesihatan komuniti setempat.

 

Akses Ke Dashboard

*. Pergi ke Pusat Internet Song ( PI Song ).

*. Mendaftar diri sebagai ahli PI1M atau pengunjung.

*. Log masuk ke komputer PI atau pergi ke laman sesawang Dashboard iaitu http://dashboard.pi1m.my

*. Pasangkan Aplikasi Mudah Alih Dashboard bagi pengguna Android versi 4.0 dan ke atas.