PUSAT INTERNET SONG, SARAWAK

Pusat Internet Song (PI) Song, Sarawak mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. PUSAT INTERNET merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Ia bertujuan untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat.Sebanyak 12 Pusat Internet rintis untuk Fasa Rintis, 73 pusat untuk Fasa 1, 52 pusat untuk Fasa2 dan 31 pusat untuk Fasa Felda telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada pengunaan komputer dan aplikasi ICT dalam kehidupan seharian mereka. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhasrat untuk menjadikan PI sebagai lokasi untuk merangkaikan setiap lapisan komuniti melalui rangkaian internet sedia ada seperti kerajaan elektronik, rangkaian sekolah-sekolah (schoolNet), klinik, perpustakaan dan sebagainya ke arah mewujudkan suatu Rangkaian Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre).Rangkaian Komuniti Berpengetahuan ini adalah sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Sebagai persediaan ke arah tersebut, setiap PI diberikan tugas untuk memaparkan satu laman web yang beridentitikan tempatan iaitu isi kandungannya menjurus kepada maklumat tempatan. Maklumat ini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.Pada masa hadapan, kementerian berhasrat menjadikan PI sebagai pusat untuk pelbagai perkhidmatan seperti berikut :

•e-Perkhidmatan Kerajaan (e-Government)

•e-Pembelajaran (e-Learning)

•e-Dagang (e-Commerce)

•Pengumpulan dan pertukaran maklumat

•Pusat Komunikasi

•Pusat pembangunan aplikasi berdasarkan perkongsian perisian

•Pusat peperiksaan dan persijilan.

PI Song menawarkan program baru seperti

  • Intel Learn Program (ILP)
  • Program " klik Dengan Bijak" (KDB)
  • Latihan Keusahawanan
  • ILES
  • Ict Cambridge
  • Dashboard Komuniti

Berminat & maklumat lanjut sila hubungi kami...