Kemudahan khidmat keselamatan yang sudah sedia ada di pekan Song ialah :

Balai Polis

Ibu Pejabat Polis Daerah Song, 96850 Song. Tel (off.): 084-777222

Ibu Pejabat Polis Daerah Song terletak bersebelahan dengan bangunan Sesco Daerah Song.  Sebarang pertanyaan dan aduan orang awam bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis dengan no. telefon di atas

 

 

RELA

Pasukan RELA

  • Objektif Membantu mengekalkan Keselamatan dan Kesejahteraan Negara .
  • Misi   Membantu Agensi Keselamatan supaya keamanan dan keselamatan negara terkawal melalui penglibatan rakyat di dalam Pasukan RELA.
  • VisiNegara sentiasa dalam keadaan aman dan sejahtera.

Peranan RELA

a.    Mata dan telinga kerajaan.

b.    Membantu agensi keselamatan.

c.    Mempelopori aktiviti kemasyarakatan setempat.

Tugasan

a.    Bekerjasama dengan agensi-agensi keselamatan dalam menangani masalah dadah, Pendatang Tanpa Izin (PATI), Bencana Alam dan  masalah-masalah sosial.

b.    Membantu dan bekerjasama dengan rakyat melalui aktiviti kemasyarakatan. 

Penubuhan Pasukan RELA Daerah Song

Ditubuhkan pada tahun 1972, bermula dengan 01 platun yang berkekuatan seramai 41 ahli Relawan ditadbir oleh Mej. (RELA) Ajan selaku Pegawai RELA Daerah. Sehingga pertengahan tahun 2005, Daerah Song telah mempunyai 17 platun termasuk 02 platun khas dengan keahlian seramai 561 ahli yang terdiri daripada 517 relawan dan 44 relawati. Platun-platun yang dimaksudkan ialah:

a.    15 Platun biasa.          

b.    01 Platun Keselamatan Daerah (PKD) Pekan Song.        

c.    01 Platun khidmat Masyarakat RELA (PKMR) Sg. Embuau.* Bilangan ini tidak termasuk permohonan baru bagi penubuhan platun yang belum diproses.

Borang Permohanan Keahlian

Borang permohonan keahlian boleh diambil daripada Pegawai RELA Song.

Aktiviti Rela