Kemudahan Sukan dan Permainan
 
Daerah Song juga mempunyai Kompleks Mini Sukan yang berharga 1.8 juta yang pastinya menyediakan kemudahan sukan yang selesa untuk penduduk di sini. Selain itu, Daerah Song juga mempunyai beberapa kemudahan sukan, antaranya: 
 

Agensi Kerajaan di Song ternyata masih memainkan peranan penting. Kini terdapat 13 buah agensi dan jabatan kerajaan di Daerah Song. Selain Pejabat Daerah Song, terdapat juga Jabatan Pendidikan, Jabatan Pertanian, Jabatan Pendaftaran, Jabatan Hutan, Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Penerangan, Pusat Kesihatan dan Perbadanan Pembangunan Letrik Sarawak (SESCO).

Jabatan Pertanian
 
 
Sesco
 
 
Jabatan Pendaftaran 
 
 
Jabatan Hutan
 
Jabatan Kerja Raya 
Jabatan Penerangan
 
 
Selain itu, di sini juga terdapat Pusat Kesihatan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Polis Diraja Malaysia, Majlis Daerah Kapit, Cawangan Song dan Lembaga-lembaga Sungai Sarawak. Terdapat juga dua buah jabatan berkanun iaitu Pos Malaysia Berhad dan Telekom Malaysia Berhad.

Pos Malaysia Berhad


Majlis Daerah Kapit

Klinik Kesihatan Song


 

Polis Diraja Malaysia

 

Telekom Malaysia Berhad


Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)

Lembaga Sungai song

 

Kemudahan Infrastruktur               

Daerah Song mempunyai banyak kemudahan asas yang telah disediakan oleh pihak kerajaan. Kemudahan infrastruktur seperti bekalan air paip, bekalan elektrik dan jalan raya merupakan kemudahan asas bagi menentukan kemajuan sesebuah kawasan. Pada masa dahulu, sungai dan denai-denai yang merentasi hutan merupakan jalan utama penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Semasa pendudukan kerajaan British, banyak perubahan yang telah dijalankan oleh kerajaan British untuk memberi kemudahan kepada orang-orang awam. Jalan-jalan yang tak berturap telah mula dibina untuk memudahkan orang ramai untuk berhubung antara satu sama lain. Di samping itu, ia merupakan jalan utama bagi orang-orang Iban menjual hasil hutan dan pertanian mereka kepada orang Cina.  

Pada akhir tahun 1950-an, sebatang jalan yang tidak berturap telah siap dibina dan sehinggalah pada awal tahun 1960-an barulah ia ditarkan. Selain itu, beberapa buah jabatan kerajaan juga telah dibina, misalnya Jabatan Kerja Raya, Jabatan Pendidikan, Pejabat Pos dan lain-lain lagi. Tujuan pembinaannya adalah untuk memudahkan lagi sistem pentadbiran yang efisyen dan profesional. Selain itu, pelbagai rancangan telah diatur oleh kerajaan untuk mengindahkan daerah ini, seperti menyediakan tempat rekreasi dan juga tempat untuk beribadat. 

Perhubungan dan Komunikasi 

Sistem komunikasi Daerah Song pada masa ini sangat memuaskan. Terdapat beberapa pondok telefon dipasang oleh syarikat Telekom Malaysia untuk memudahkan komuniti Song berkomunikasi antara satu sama lain. Hingga ke hari ini, terdapat banyak syarikat komunikasi telah menyediakan sistem telekomunikasi selular berkuasa tinggi bagi mempercepatkan urusan perniagaan dan penerimaan siaran televisyen, namun siaran tersebut tetap tidak diterima dengan jelas.

Sistem perhubungan pula masih seperti dahulu, sungguhpun terdapat jalan raya berturap, namun hanya meliputi kawasan Daerah Song sahaja. Bahagian Kapit merupakan bahagian yang terbesar, namun begitu masih ada kawasan yang tiada perhubungan darat untuk menerusi bahagian ini. Orang ramai masih lagi bergantung kepada sistem perhubungan air iaitu menaiki bot-bot ekpress.

Pada masa dahulu, motor lunch dan Double-Decker merupakan kapal penumpang yang sering digunakan. Sekiranya sarat dengan muatan, maka pihak pengelola kapal enggan menerima penumpang.    

KEMUDAHAN ASAS

Balai Raya

  

Dewan Masyarakat Song

 

Perpustakaan Awam

Terminal Penumpang Bot Express

Telefon Awam

Hentian Van

Padang Sukan

Gelanggang Futsal & Bola Keranjang

 

Kawasan Pelabuhan Kapal

Tandas Awam

 

Bekalan Elektrik

Bekalan Air

Peti Pos Berkelompok

Pasar Tamu

Bank Simpanan Nasional

 

B) Tempat Beribadat

Masjid Nurul Islam Kampung Gelam   Song

Gereja Roman Katolik

 Tokong

 Gereja Sidang Injil Borneo

 Gereja Methodist